Pengenalan: NiCE2C 2017


Kursus projek semester akhir merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian tertentu yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat bergraduasi. Projek semester akhir memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan mereka dalam merealisasikan idea, kreativiti dan inovasi disamping menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar dibimbing oleh penyelia untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Satu laporan projek mengikut format perlu dihantar kepada jabatan dan pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format penilaian yang ditetapkan. Matlamat kursus projek adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah kajian akademik secara saintifik dan sistematik dalam melahirkan graduan yang kompeten. NiCE2C 2017 merupakan akronim bagi National Civil Engineering Exhibition & Competition bertitik tolak daripada pelaksanaan projek akademik yang menjadi rutin pada setiap semester Perkembangan idea-idea inovasi dikalangan pelajar dilihat amat menggalakkan dan mempunyai potensi yang besar untuk diketengahkan sehingga ke peringkat boleh dipasarkan.

Objektif NiCE2C 2017

   
 
  • Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif
  • Menilai keupayaan pelajar dalam mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
  • Mengetengahkan potensi pelajar dalam bidang inovasi
  • Membudayakan budaya inovasi dalam kalangan warga politeknik
  • Memperkembang idea dan menyemai minat pelajar kepada penyelidikan, kajian¬†dan projek¬†yang bermanfaat
  • Menggalakkan aktiviti inovasi dalam kalangan pelajar hingga ke peringkat pemasaran produk
  • Mendedahkan proses penyelidikan kepada pelajar mengikut standard yang ditetapkan.
  • Muat Turun

    Muat turun maklumat berikut:

    Soalan Lazim (FAQ)

    Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

    Hubungi Kami

    Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

    Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
        Bahiyah
        Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
        Kedah Darul Aman
    Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033
    Emel: nice2cptsb@gmail.com